Thursday, April 29, 2010

PRIA VS PUJANGGA



 si pria terus menjaga, si pujangga terus memuja. si pujangga tahu menjaga hati, meninggi martabat si dewi. pujangga tidak pernah berkecil hati, tidak pernah berputus asa mengundur diri. pujangga berusaha untuk memberi bukti yang cintanya, cinta sejati. manakala si pria tetap disisi, memberi kasih walaupun menegas diri. terus menghiburkan hati si dewi. dewi keliru, maka dewi bermain kata bersama si pujangga dan bermain cinta bersama si pria. hati dewi sering berbisik sendiri, destinasi sudah tertulis. kita hanya harus menanti.

Wednesday, April 21, 2010

RAGAM MANUSIA



Dome selalu cakap, aku terlalu berfikir panjang. Masalah orang lain pun aku masih ingin berfikir. Aku bukan apa, aku cuma pelik. Macam mana mereka masih boleh bergembira sedangkan fikiran mereka bergelumang dgn seribu masalah. Aku diam dan lihat mereka, bergelak ketawa tiada sedikit pun kerutan di dahi mereka. Aku keliru, bagaimana seorg manusia yg dari segi luarannya buruk jika diambil kira, hitam sejarah silamnya tetapi hatinya bertentangan. Aku kecewa apabila aku sedar, orang yg baik latar belakangnya baik tatatertibnya tetapi bila didekati kotor cara hidupnya. Hati aku memberontak, tertanya-tanya. Mengapa hidup mereka begini? Mana datang silapnya? Apa punca akar umbinya? Bagaimana cara hidupnya? Tiadakah jalan penyelesaiannya?? Sampai bila-bila aku tidak dapat jawapannya. Selagi itu aku melihat, meneliti kemudian aku masih terus berfikir. Dari kecil, aku mempunyai dunia aku sendiri. Ibu tidak benarkan aku bercampur dgn dunia luar, mungkin ibu takut. Pada tingkatan 3 ibu perlahan-lahan memberi aku pendedahan sehinggalah sekarang. Baru aku kenali dunia sebenar. Pelbagai ragam. Ragam ini yang membuatkan ku terus berfikir sehingga ada jalan kesudahannya.